try

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Wajah wanita ini memang cantik tetapi kisah disebaliknya berbeza

Pasti ramai yang tertanya2 apa yg menyebabkannya remaja 18 tahun ini begitu popular, adakah kerana kecantikannya? sedangkan ramai lagi wanita cantik yang sentandingnya!! Jangan mudah tertipu dengan pandangan luaran sahaja kerana…
Pasti ramai yang keliru dengan penampilannya dan kejelitaannya yang membuatkan ramai yang tergoda. Pasti ramai ramai wanita yang cemburu dengan rupa parasnya yang cantik ini.
Jom sama2 lihat gambar-gambar di bawah..
Yiming Zhao, yang dilahirkan pada 28, Disember, 1995 berusia 19 tahun. Beliau adalah seorang ‘wanita’ yang begitu popular di laman Weibo dan Twitter di China.
Ya, dia adalah seorang lelaki!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PM Belanda beri "amaran akhir" kepada Putin

PLAYClick to Expand & Play
Mayat-mayat itu mesti diambil segera. Saya mahu tengok hasil, akses yang tidak terhalang dan pemulangan mangsa-mangsa itu,” kata Mark Rutte.- EPA/BART MAAT
BELANDA: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menggesa Presiden Rusia, Vladimir Putin menggunakan pengaruhnya dan melakukan “apa yang patut beliau lakukan” berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh Khamis lepas.

Dalam satu sidang media yang diadakan selepas menelefon Putin dari The Hague, Rutte berkata Putin “hanya ada satu peluang akhir” untuk menunjukkan beliau serius membantu pasukan penyelamat mengambil mayat mangsa nahas itu.

“Suhu di sana 35 darjah selsius. Mayat-mayat itu mesti diambil segera. Saya mahu tengok hasil, akses yang tidak terhalang dan pemulangan mangsa-mangsa itu,” katanya seperti dipetik oleh portal beritaDutch News.

Kenyataan Rutte itu dibuat selepas ada khabar pemberontak pro-Rusia memindahkan 38 mayat dari lokasi. Kerajaan Ukraine dalam satu kenyataan mendakwa pemberontak itu, dengan dibantu oleh Rusia, cuba memusnahkan bukti.

Ukraine menuduh pesawat tersebut ditembak jatuh oleh pemberontak yang memperjuangkan kemerdekaan daripada negara itu. Kumpulan pemberontak yang didukung oleh Rusia itu sebaliknya menuduh tentera Ukraine bertanggungjawab.


Jijik

Sementara itu, Rutte menyifatkan tindakan pemberontak yang menguasai lokasi nahas termasuk menyelongkar barangan penumpang yang terkorban sebagai tingkah laku “yang menjijikkan”.

Sebelum sidang media itu, Menteri Luar Belanda, Frans Timmermans bertemu dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko di Kiev. Beliau memberitahu presiden itu, rakyat Belanda “marah dan berang” dengan berita bagaimana pemberontak memperlakukan mayat mangsa nahas itu.

“Apabila ada bukti, kami tidak akan berhenti sebelum mereka yang terlibat dibawa ke pengadilan. Bukan saja mereka yang melepaskan tembakan tetapi mereka yang membenarkan ini berlaku.

“Saya fikir masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan usaha dalam hal ini,” katanya seperti dipetik olehReuters.

Stesen penyiaran Nos pula melaporkan Poroschenko dalam reaksi balasnya memberitahu tindakan pemberontak tidak membenarkan penyiasat asing masuk ke zon nahas adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Puak pemberontak bagaimanapun menafikan mereka campur tangan dalam siasatan sebaliknya mengatakan sudah berjanji kepada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) bahawa mereka tidak akan menyentuh mayat atau serpihan pesawat.


Siap sedia

Sekurang-kurangnya pasukan petugas dari Belanda, Ukraine dan Malaysia sudah bersiap sedia untuk memulakan operasi di lokasi kejadian. Laporan juga menyebut pakar forensik dari Jerman dan Britain juga telah tiba di Ukraine.

Malaysia Airlines pada Sabtu mendedahkan senarai penuh penumpang dan anak kapal. Pesawat penerbangan MH17 itu membawa 298 orang dengan 193 daripadanya disahkan oleh Malaysia Airlines sebagai warga Belanda.

“Saya fikir semua penduduk negara ini kenal siapa-siapa dalam pesawat itu, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Daripada 193 warga Belanda itu, 80 daripadanya berumur di bawah 18 tahun. Daripada 80 orang itu, 23 daripadanya berumur di bawah 12 tahun dan 3 lagi bayi.


Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cinta hanya sebuah kisah dongeng

Aku terseksa dengan cinta. Aku sering jatuh cinta. Tapi cintaku tidak pernah berbalas. Aku hanya terpedaya oleh cinta. Orang mengambil kesempatan di atas sikapku yang kekurangan kasih-sayang, dengan menunjukkan rasa prihatin tetapi ia hanyalah untuk kepentingan mereka semata-mata. Itulah apa yang aku rasai pada masa sekarang.

Dulu aku pernah merasai cinta. Tapi kau tak pernah sayangkan aku. Kau sengaja ingin mendugaku atas tujuan peribadi kau semata-mata. Kau tak kasihankan aku. Kemudian, aku berjumpa lagi dengan manusia seperti kau. Sungguh aku tak percaya. Mengapa aku dicipta hanya untuk merasai sebuah kepahitan dalam cinta.
Seumur hidup ku, cinta yang kurasai hanyalah gurauan indah. Aku dah semakin tak yakin dengan keelokan diriku, yang pernah diperkatakan. Aku rasa aku semakin tua. Tidak berkahwin bukan alasan untuk tidak pernah merasai cinta.Ramai yang merasai cinta walaupun tidak berkahwin. 
Aku masih punya tanggungjawab. Terhadap seorang ibu yang semakin tua. Aku kurang sayang kepadanya. Aku dingin terhadapnya. Entah mengapa. Mungkin kerana kisah kanak-kanak ku yang menyedihkan. Sebenarnya, aku dah tak larat lagi…..
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sungguh aku tak mampu

Semua orang  inginkan aku berubah, sedangkan aku sendiri tak pasti apa kemahuanku. Aku tak tahu di mana yang harus diubah. Di mana hujung, di mana pangkal.

Mungkin juga tiada makna hanya bercakap-cakap di ruang yang kosong ini. Entah apa yang aku harapkan di sini…

Dalam usia yang telah menjengah pertengahan, tanpa apa-apa tanda pencapaian dalam hidup, aku masih tidak terlalu hirau. Kerana aku rasa pada masa lalu aku telah pun berusaha. Aku rasa aku telah melakukan apa yang patut.

Aku ingin membawa beberapa persoalan ke sana nanti. Aku sedar aku bukan siapa-siapa. Tetapi aku juga tidak tahu siapa-siapa di sini.

Kalau aku terlalu berkeras, aku sendiri yang akan hancur. Aku terlalu berlembut, aku sendiri yang akan musnah. Biar lah apa pun, aku ambil segala masa yang tinggal, walau singkat….

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sifat yang biasa ada pada manusia

Manusia cenderung untuk membenci sesuatu dan berasa diri adalah lebih baik. Ini merupakan sifat biasa kerana setiap manusia mempunyai maruah diri.

Sifat membenci sesuatu itu pula kadang-kadang tidak kena pada tempat. Apabila manusia membenci dan terus menghukum sesuatu dengan tidak setimpal, maka dia juga berhak untuk menerima hukuman.

Manusia juga sering tidak mengaku kesalahan sendiri dan cuba untuk menegakkan benang yang basah. Contohnya, seorang pesalah yang dihadapkan ke mahkamah di atas kesalahan berat yang nyata seperti mengedar dadah, pasti akan mempertahankan dirinya walaupun terbukti kesalahan yang dilakukan. Ini kerana dia masih ingin terus hidup dan mungkin juga takut kepada mati.

Masalah yang sering ada pada manusia adalah nafsu. Tidak semua manusia mampu mengawal nafsu . Sedar atau tidak, ramai manusia yang jiwanya sakit. Untuk mencari jalan keluar pula seakan tiada. Maka manusia akan dikawal oleh nafsu. Banyak keburukan nafsu kepada manusia. Contohnya seseorang membenci seseorang yang lain hanya kerana orang tersebut kelihatan berlagak atau sombong di matanya, lalu dia mengambil tindakan sendiri seperti membuli atau menyakiti secara mental atau fizikal terhadap orang yang dibencinya itu, maka ini adalah satu contoh di mana manusia ini telah mengikut telunjuk nafsu kerana nafsu ada yang sifatnya seperti api iaitu marak secara tiba-tiba.

Tiada jalan pintas dalam mengawal nafsu melainkan dengan memantapkan iman. Iman yang mantap akan dapat menundukkan nafsu dan seterusnya jiwa yang sakit tadi akan sembuh. Hasilnya adalah ketenangan jiwa dapat dirasai.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Review Filem THE TRANSCENDENCE

Terjemahan tajuk THE TRANSCENDENCE dalam Bahasa Melayu  di pawagam ialah DI LUAR KOTAK PEMIKIRAN. Kalau diikutkan memang di luar kotak pemikiran la jugak sebab mane mungkin manusia boleh dijadikan seperti komputer. Memandangkan ini hanya lah sebuah filem dan berbentuk sci-fi, maka semuanya tak mustahil.

Mengisahkan tentang Dr. Will Caster lakonan Johnny Depp yang telah dipindahkan segala memorinya ke dalam sebuah komputer. Isterinya (Scarlett Johanson) melakukan perkara tersebut supaya segala kajian yang telah dilakukan Will tidak terkubur begitu sahaja. Setelah matinya Will, dia pun menjadi sebuah komputer  dan menguasai ke semua maklumat yang ada di dalam dunia ini termasuklah pasaran Wall Street dan sebagainya.

Will berfungsi sama seperti dia masih hidup. Tetapi masalah yang sama dihadapi oleh setiap supercomputer adalah soalan ‘adakah kamu sedar’? Setiap komputer termasuk PINN iaitu komputer yang pernah dicipta oleh Will bersama rakannya juga tidak dapat menjawab pertanyaan seperti ini.

Semenjak Will menjadi komputer, dia telah melakukan banyak kebaikan untuk manfaat manusia. Antaranya seperti membantu manusia-manusia yang putus harapan, memulihkan semula ekosistem sehingga pencemaran dapat di atasi hinggakan air sungai tidak lagi berbahaya untuk diminum dan sebagainya. Ke semua manusia-manusia yang telah ‘dipulihkan’ oleh Will ini bagaimanapun diambil untuk ‘bekerja’ dengannya seperti membantu mengekalkan empayar yang dibina oleh Will di sebuah pekan yang berada di sebuah gurun. Mereka membantu mennyelenggara ke semua kincir-kincir angin yang dibina oleh Will bagi menyalurkan tenaga kepada empayar yang dibinanya. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan telah tersalah tafsir dan menganggap Will cuba membina sebuah kubu bagi tujuan ketenteraan. Akibatnya Will dan orang-orangnya terpaksa berperang dengan wakil tentera daripada kerajaan iaitu pengganas. Kerajaan tidak menghantar tentera sebenar kerana sedar bahawa mereka pasti tidak mampu mengatasi kekuatan orang-orang Will yang mampu memulihkan semula diri mereka dengan sendirinya sekiranya mereka tercedara selain dapat ‘menyalin’ semula ke semua tentera-tentera kerajaan tersebut. Prinsip yang diguna oleh Will dalam berperang itu bukanlah untuk menghapuskan tetapi untuk mengatasi.

Dalam masa yang sama, isteri Will telah mengetahui kesalahan yang telah dilakukan oleh Will dan juga terpengaruh dengan agen-agen kerajaan yang mengatakan Will sebenarnya bukan lagi manusia tetapi hanya sebuah komputer yang bertindak tanpa maksud yang jelas seperti manusia. Agen-agen kerajaan melalui rakan Will telah merancang untuk menanam virus ke dalam salah satu bahan eksperimen Will iaitu manusia yang telah dipulihkan oleh Will kerana hanya dengan cara itu sahaja empayar Will dapat dimusnahkan. Berjayakah Will mempertahankan empayarnya? Saksikan THE TRANSCENDENCE.

Posted in johnny depp, review filem the transcendence | Leave a comment

Kecintaan

Zaman sekarang ramai manusia hilang kecintaan. Saling bermusuhan dan berhasad dengki. Bak kata lagu dari kumpulan The Black Eyed Peas, ”Where Is The Love” . Semenjak manusia diciptakan, malaikat bertanya kepada tuhan, ”mengapakah engkau mahu menciptakan makhluk yang suka menumpahkan darah sesama sendiri ?” Tuhan berkata, ”Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. Jadi telah termaktub akan sifat manusia sebelum manusia dicipta. Jadi aku tak pelik mengapa di luar aku selalu rasa tak selamat, rasa dipersenda oleh orang yang aku tak kenal dan mungkin juga ada tetamu tak diundang yang sengaja suka menindas insan lemah.

Aku selalu terbayang tentang kekacauan di dalam fikiran , tentang bagaimana aku akan mempertahankan diri aku sekiranya aku diapa-apakan oleh ‘tetamu yang tak diundang’ ini. Sebenarnya dari aku sekolah menengah dah ramai orang yang bukan kawan tapi sengaja nak cari ‘masalah’. Aku tahu , orang lain , manusia lain juga pernah mengalaminya. Seperti yang telah aku cakap tadi, manusia memang begitu. Tetapi yang menjadi persoalan, mengapa aku lebih ‘sering’ berbanding manusia yang lain? Ada yang memberi alasan kerana ‘aku sombong’. Dari mana mereka ‘mengukur’ kesombongan aku, aku sendiri tak tau. Bagus sangatkah mereka sehingga boleh mengandaikan bahawa aku ‘sedang’ sombong? Dan siapa pula manusia-manusia tersebut yang merasakan berhak menghukum aku dengan sewenangnya?

Kalau terjadi kepada seseorang yang lain, sudah pasti manusia-manusia macam ni takkan ada jawapan bila disoal oleh hakim tentang mengapa mereka mencedera atau mengambil nyawa manusia lain yang bukan hak mereka. Boleh kah mereka menjawab, ”kerana dia sombong?” Jawapan tersebut pasti tidak diterima oleh yang arif apabila mereka berada di kandang pertuduhan. Sekian.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kemusykilan tentang dajjal

Sana-sini orang memperkatakan tetang dajjal yang telah muncul. Bagi penulis blog yang sesetengahnya adalah student yang ‘cari makan’ gune blog, cerita-cerita macam ni hanya untuk melariskan iklan seterusnya menjana ‘income’ untuk diorang . ‘ Time ‘ aku study dulu, belum ada lagi orang buat duit guna blog. Student sekarang memang ‘advance’.

Berbalik kepada persoalan dajjal. Masalah di sini adalah, apakah dajjal yang segelintir orang selalu sebut tu akan muncul secara zahir ataupun lahiriah? Kalau benarlah dajjal ni boleh nampak sebijik macam tu, aku rasa sekejap je mati . Alasan aku adalah , pasti ada mana-mana negara Islam yang akan bertindak dengan segera memandangkan dajjal ni akan menyesatkan manusia dengan ‘kuasa’ yang dia ada sebagaimana yang telah disebut dalam al-Qur’an.

Menurut peristiwa menjelang kiamat yang pernah aku baca, pengikut dajjal ni begitu ramai. Dan aku rasa, mungkin salah satunya yang telah pun ada sekarang ni adalah golongan Syi’ah. Walaupun pengikut dajjal telah pun ada, namun bijik mata satu dajjal tu pun belum lagi kelihatan. Jadi di mana kah dajjal sedangkan pengikutnya telah ada?

Menjelang kiamat juga, akan terjadi kisah di mana seorang laki-laki soleh terpaksa mengikat ibu dan adik perempuannya daripada keluar rumah kerana khuatir akan fitnah dajjal. Fitnah di sini berkemungkinan adalah ‘kerosakan’ seperti masalah sosial yang telah pun berlaku sekarang terhadap golongan wanita seperti isu dedah aurat, zina dan sebagainya. Jadi apakah dajjal itu yang sebenarnya?

Dan juga, telah termaktub bahawa fitnah dajjal ini sangat kuat hinggakan orang yang tipis keimanannya sangat mudah untuk jatuh ke tangan dajjal yang kafir laknatullah itu.

Al-Qur’an menceritakan dajjal ini pada mula kemunculannya tidak ternampak sebarang kelemahannya seperti yang pernah kita dengar. Kelemahannya hanya terserlah apabila dia hampir dikalahkan oleh pejuang Islam tentera Mahdi.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Salah satu cara pertolongan dari Allah

Korang pernah tak tengah driving tetibe tayar pancit? Kalau korang perempuan, aku rasa peluang korang untuk ditolong oleh sesiapa saja yang tengah lalu kat jalanraya ‘time’ tu agak tinggi. Tapi kalau korang lelaki? Mungkin ade jugak la kot. Kan?

Aku pernah sekali alami peristiwa cam ni. Tayar tetibe meletop. POMM!! Hehe, ade jugak ‘sound effect’ nyer..Tapi bunyi angin tak dengar la sebab aku dalam kereta. Tak dapat ditaip di sini bagaimana pula ‘sound effect’ nyer. So, mase tu yang lebih memilukan lagi, alat untuk aku ganti tayar pun aku tak bawak sekali dalam boot kereta. Ditambah pula tayar spare yang mase tu langsung takde angin. (Nampak sangat kerajinan seseorang yang macam aku 🙂 )

Tengah dok pening pikir cane nak selesaikan masalah, tetiba datanglah seorang hamba Allah ni dengan menaiki motosikal. Dengan bantuan dari dia, aku berjaya menyelesaikan masalah aku ni. Memula dia tumpangkan aku pergi kat medan selera berhampiran supaya aku dapat pinjam alat untuk aku bukak tayar kete. Aku pinjam dengan tokey kedai makan yang aku selalu makan kat kedai dia. Lepas tu dia tumpangkan pulak aku ke Stesyen Petronas untuk aku pam tayar spare aku tu. Nasib baik boleh pakai lagi tayar tu. Sangat baik hati abang tu sebab tolong aku. Aku sangat terhutang budi. Aku pun mase tak berapa berduit tapi aku nak sedekah la RM 5 sebab tolong aku. Dia tak nak. Lepas tolong aku pasang tayar, dia terus pergi seolah-olah perhentiannya dekat dengan kereta aku tu memang semata-mata untuk tolong aku. Syukur pada Allah..

Jadi itu la ceritanya. Tak de la menarik sangat pun macam filem-filem Hollywood di luar sana. Cuma kat sini aku nak bagitau yang abang yang tolong aku tu aku sangat yakin bahawa dia seorang hamba Allah yang telah ditakdirkan untuk menolong aku pada waktu tu. Allah telah menggerakkan hatinya untuk menolong hambaNya yang dalam kesusahan. Allah juga telah merancang segala yang berlaku itu. Kalau tak kerana perisitiwa yang berlaku tu, aku mungkin takkan menulis kisah ni di dalam blog. Wassalam.

Posted in Uncategorized | Leave a comment